Tuesday, September 7, 2010

Ulasan Filem : My Name is Khan

1.Plot

a.Permulaan

Khan baru tiba di lapangan terbang Amerika Syarikat. Dia telah ditahan oleh pihak polis kerana dilihat berkelakuan aneh. Dia menghidapi sindrom Asperger's atau kelemahan otak, tidak dapat mengingati sesuatu perkara dengan lama tetapi mudah memahami dan belajar dengan cepat serta di tidak boleh mendengar bunyi bising.

b.Perkembangan

Rizwan Khan telah bertemu jodoh dengan Mandira di salon rambut kepunyaan Mandira dan telah berkenalan denagan Sam iaitu anak Mandira. Kemudian, Khan dan Mandira telah berkahwin. Khan menerima Mandira berkahwin dengannya kerana dia beranggapan agama tiada perbezaan, beza manusia hanyalah kebaikan dan keburukan.

c.Konflik

Khan ditangkap dan ditumbuk di muka oleh pihak polis semasa perhimpunan beramai-ramai menyambut ketibaan Presiden George W. Bush kerana disalah anggap oleh warga Amerika bahawa yang sebenarnya dia mengatakan namanya Khan dan dia bukan pengganas.

d.Klimaks

Berita Khan ditangkap mendapat liputan ramai termasuk bakal Presiden Amerika ke-44 yang baru kerana terdapat bukti dari pihak media bahawa Khan tidak bersalah.

e.Peleraian

Presiden Amerika ke-44 iaitu Barack Obama telah dilantik. Sejurus kemudian, Khan dibebaskan dari tahanan dan hospital kerana dia didapati tidak bersalah. Dia telah berjaya menunaikan janjinya untuk berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat dengan mengatakan "My name is Khan and i'm not a terrorist".


2.Teknik

Hurikan yang melanda Georgia atau kawasan kediaman Mama Jenny kelihatan seperti nyata. Latar belakang gunung-ganang, banjir dan mangsa yang mati seolah-olah nampak benar. Air hujan, gerakan daun dan kesan angin yang kuat telah berjaya membuat atap gereja yang menjadi tempat perteduhan mangsa bencana tersebut runtuh dengan serta-merta. Kawalan cahaya ton gelap menampakkan awan mendung dengan baik.

3.Tahap Persembahan

Watak utama, aktor Shahrukh Khan sebagai Khan memang dapat membawa jalan cerita dengan baik. Khan amat mendalami wataknya yang menghidapi sindrom tetapi berjiwa besar dan berhati mulia. Dia sanggup menolong bangsa lain tanpa mengira perbezaan agama. Usahanya yang gigih dan tidak pernah menyerah kalah menyebabkan dia berjaya bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat seperti dijanjikannya.
Watak sampingan, aktres Kajol sebagai Mandira juga tidak kurang hebatnya. Mandira telah mempunyai seorang anak bernama Sam dan Mandira masih tabah meneruskan hidup walaupun telah ditinggalkan suami. Setelah Sam mati terbunuh di padang bola oleh empat remaja Amerika, Mandira sangat bersedih di atas kehilangan anaknya dan dia terus berusaha tanpa henti mencari pembunuh anaknya. Pembunuhan anaknya dikaitkan dengan agama Islam dan tragedi 11 September. Ketabahan Mandira tersebut amat mengayat hati dan boleh membuatkan penonton turut dukacita.

4.Penghakiman

Cerita ini wajar ditonton kerana terdapat nilai-nilai kemanusiaan yang ditonjolkan. Sememangnya semua manusia adalah sama, bezanya ialah baik atau jahat. Akan tetapi, saya tidak bersetuju dalam bab perkahwinan Khan atau Mandira. Mandira mengekalkan agama Hindu setelah berkahwin dengan Khan yang beragama Islam. Konsep perkahwinan ini adalah salah di sisi agama Islam. Kejadian 11 September juga perlulah dijadikan peringatan. Akibat sekumpulan orang Taliban yang beragama Islam mengebom PWTC di Amerika Syarikat itu telah mmenyebabkan banyak nyawa terkorban. Umat Islam di Amerika Syarikat telah dianggap musuh, agama Islam dilabel sebagai pengganas dan umat Islam sering diganggu warga Amerika setiap masa bak kata pepatah 'kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga'. Jadi, tontonlah cerita ini dengan lebih lanjut dan cuba hayatinya dengan baik.

1 comment:

  1. syabas inspektor shahab..

    ulasan filem hindustan...

    bagus... ini mesti peminat filem hindustan

    ReplyDelete