Tuesday, August 17, 2010

Ciri-Ciri Penulisan Kreatif Sajak Dugaan Hidup Insan Bergelar Manusia

1.Bersifat Ketaksaan(Ambiguiti)

Apalah erti kehidupan,
Andai hanya bertatahkan mutiara kegembiraan,
Tanpa cubaan dan dugaan,
Tiadalah bermakna suatu kehidupan.

2.Bahasa kiasan

a.Rangkap kedua dan baris ketiga-Menitis ke tanah bagaikan titisan embun

b.Rangkap ketiga dan baris kedua-Andai hanya bertatahkan mutiara kegembiraan

3.Bersifat Imaginatif dan Figuratif

Rangkap kedua dan baris kedua-Airmata sengsara menyelubungi bedukku

4.Bernada Puitis

Di kala jiwaku keresahan,
Air mata sengsara menyelubungi bedukku,
Menitis ke tanah bagaikan titisan embun,
Lalu meresap ke seluruh sanubariku.

5.Ragam Aktif

Manusia juga insan biasa,
Tatkala di himpit kepayahan,
Pada Tuhanlah kita berserah,
Agar redha harungi pahit getir kehidupan.

Friday, August 13, 2010

Sajak : Dugaan Hidup Insan Bergelar Manusia

Aku dibelenggu kebuntuan,
Dalam duniawi yang serba cabaran,
Mengajar aku erti ketabahan,
Agar gagah harungi ranjau kehidupan.

Di kala jiwaku keresahan,
Air mata sengsara menyelubungi bedukku,
Menitis ke tanah bagaikan titisan embun,
Lalu meresap ke seluruh sanubariku.

Apalah erti kehidupan,
Andai hanya bertatahkan mutiara kegembiraan,
Tanpa cubaan dan dugaan,
Tiadalah bermakna suatu kehidupan.

Manusia juga insan biasa,
Tatkala di himpit kepayahan,
Pada Tuhanlah kita berserah,
Agar redha harungi pahit getir kehidupan.

Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi,
Semuanya sudah tercatat di diari,
Tiap manusia punyai rezeki,
Berbeda-beda rezeki diberi.

Friday, July 16, 2010

Assalamualaikum

Salam perkenalan buat semua.Saya rasa tiada komen untuk kelas En.Nasrol Hadi bagi subjek Pengantar Penulisan.Saya lebih sukakan kelas kecil yang tidak mempunyai begitu ramai pelajar.Dengan itu,saya dapat memahami pengajaran dengan lebih baik.Saya juga berharap pelajar-pelajar senior dapat memberi tunjuk ajar yang jitu dalam saya menempuh kehidupan baru di UUM yang gah lagi indah ini.Sekian,wslm w.b.t.

Thursday, July 15, 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya."Bahasa Jiwa Bangsa" Inilah peribahasa yang sering kali terngiang-ngiang di telinga kita setiap masa.Kita sebagai rakyat 1 Malaysia juga perlu berpegang teguh kepada bahasa Melayu kerana ia menjadi bahasa rasmi,bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan bagi setiap bangsa di Malaysia.Bahasa Melayu juga mampu membentuk satu perpaduan yang kukuh di antara tiap-tiap bangsa di Malaysia amnya.Blog ini akan membincangkan pelbagai lagi tajuk atau bab-bab lain.Jadi,teruskanlah bersama saya dan hiduplah anda sebagai 1 Malaysia yang berbudi bahasa dan pekerti mulia.